....KLIK KLIK KLIK...

Tuesday, November 2, 2010

Banjir di utara: Ribuan kenderaan terkandas




CHANGLUN: Ribuan kenderaan yang dalam perjalanan pergi dan pulang ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan Perlis melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkandas apabila Sungai Changlun naik setinggi 0.7 meter di Kilometer 10.5 lebuh raya itu di sini, petang semalam.
Kesesakan bermula kira-kira jam 2 petang sebelum berlarutan akibat penutupan lebuh raya menyebabkan kenderaan terkandas sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Napoh ke pekan Changlun menyebabkan semua kenderaan diarah berpatah balik ke Jitra atau Bukit Kayu Hitam oleh anggota polis bertugas di lokasi.


Berikutan itu, lebuh raya di pekan Changlun di sini ditutup kepada kenderaan ringan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Masalah lebih buruk apabila ramai ibu bapa dan keluarga yang pulang dari menghadiri majlis konvokesyen anak dan waris mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok semalam, terpaksa berpatah balik selepas diarahkan polis.


Nazri Baharudin, 40, dari Johor Bahru berkata, dia bersama keluarga yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik perempuannya di UUM Sintok hari ini terpaksa pulang ke hotel di Jitra kerana laluan ke Sintok ditutup berikutan banjir di Changlun.


“Saya dan keluarga terpaksa pulang semula ke hotel di pekan Jitra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini kerana bimbang paras air terus naik. “Saya berharap air surut dengan cepat bagi membolehkan kami menghadiri majlis konvokesyen adik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, jurucakap UUM berkata, majlis konvokesyen ketiga dan keempat semalam berjalan lancar dan ramai ibu bapa hadir memenuhi dewan tetapi pihaknya menjangkakan jumlah itu berkurangan hari ini jika paras air meningkat dan jalan di pekan Changlun terus ditutup.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin pula berkata, lebih 50 anggota polis selain anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), petugas Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan banyak lagi terbabit dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa yang terkandas atau berpindah ke tempat selamat.




Beliau berkata, setakat jam 4 petang semalam, seramai 247 mangsa dipindahkan dari beberapa kampung yang ditenggelami air di daerah Kubang Pasu ke pusat pemindahan banjir yang disediakan.


“Antara kampung yang terbabit iaitu Kampung Perupok, Kampung Lahar, Kampung Belukar, Jalan Changlun, Taman Sayang dan Jalan Kodiang-Arau.


“Jumlah mangsa dipindahkan mungkin bertambah berikutan hujan tidak berhenti sehingga hari ini (semalam) dan kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui di lokasi banjir semalam.


Sawaludin berkata, pihaknya turut menyediakan sebuah bot polis yang dibantu sebuah bot penyelamat bomba untuk menyelamat mangsa yang masih terperangkap di rumah masing-masing.

8 comments:

encHIx laNDax said...

pakcik tuu macam nak terkencingg je ~huuhu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

banjir sakan kat kedah ni..

nasib baik rumah GKSB tak banjir

ZaCKiR said...

haha setuju ngan encHIx lanDax

Dudu said...

dudu ade call mak malam tadi.. mak cakap umah dudu alhamdulillah selamat lagi..

sekarang musim ujan la..

sawah padi dudu pun hampir2 tnggelam.. =)
anak jati kedah..hikhik

caliph shuriken said...

sjak 2~3 hari ni sjuk jaa nk mandi pagi :p

ZaCKiR said...

btoi la mlm pon rs sj sgt, nk bgn toksah dok kata la, mmg pyh nk mampoih

K I E R A said...

Kesian :(

Semoga semuanya pulih seperti biasa.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

had visited u

so sorry with them. harap semua mangsa banjir selamat2 sahaja serta dilindungi Tuhan. Amin ya rabb....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails