....KLIK KLIK KLIK...

Monday, November 1, 2010

Lebih 2,000 dipindah akibat banjir di Kedah



Salam Sejahtera kepada blogger-blogger seluruh Malaysia.
Pembaca Buletin Hari ini ialah En.Hagemaru Hageda.
Disini dibawakan berita yang berlaku di negeri kelahiran Rawshade.


ALOR SETAR: Seramai 2,016 penduduk daripada 483 keluarga di beberapa daerah di Kedah 
dipindahkan ke pusat penempatan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan 
berterusan sejak semalam.
Daripada jumlah itu, 1,449 penduduk daripada 359 keluarga adalah dari daerah Padang Terap, 
manakala 491 mangsa daripada 101 keluarga adalah dari Kubang Pasu dan 70 penduduk 
daripada 23 keluarga di Kota Setar.


Penghulu Mukim Tualak, Padang Terap, Sharizan Shaari berkata 28 kampung 
di daerah berkenaan dilanda banjir dan mangsa telah dipindahkan bermula 7 pagi tadi.
Antara kampung yang terbabit ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, 
Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.


Sebanyak 28 pusat pemindahan telah dibuka antaranya di dewan kampung Mani A, 
surau kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, 
bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), 
masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung serta masjid Bendang Raja.


"Jumlah mangsa yang dipindahkan mungkin meningkat sekiranya hujan 
tidak berhenti sehingga malam ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Sharizan, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya 
iaitu 19.81 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter, manakala tiga lagi sungai 
berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.83m (paras bahaya 36m), 
Sungai Kubu di paras 12.81m (paras bahaya 13.02m) dan 
Sungai Naka di paras 31.82 (paras bahaya 33m).


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Kubang Pasu, Fadzin Long, 
berkata daripada jumlah mangsa di daerah itu, seramai 342 daripada 65 keluarga 
ditempatkan di dewan kampung Changkat Setoi, Changlun.




Seramai 133 orang lagi daripada 30 keluarga dari Kampung Belukar dan Kampung Darat, 
Changlun ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, 
manakala seramai 16 orang daripada enam keluarga berada di Sekolah Kebangsaan Malau.


Menurut Fadzin, jumlah berkenaan dicatat sehingga 6 petang dan dijangka meningkat 
memandangkan hujan masih turun. Di Kota Setar, Ketua Kampung Taman Indah, 
Shuib Mahmod berkata di kawasan Anak Bukit di sini dua pusat penempatan mangsa banjir 
dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Gunung dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.


Katanya, sehingga jam 6 petang tadi seramai 16 mangsa daripada lapan keluarga 
ditempatkan di SK Gunung manakala 60 mangsa daripada 15 keluarga 
dipindahkan ke SK Titi Gajah. Kebanyakkan mangsa yang dipindahkan adalah dari 
kampung Lorong Pam Air dan Alor Perang, Anak Bukit, di sini.


Di Pokok Sena, dua jalan utama yang menghubungkan daerah itu dengan 
Kuala Nerang dan Bukit Pinang dinaiki air dan telah ditutup kepada kenderaan ringan, 
namun tiada penduduk dipindahkan setakat ini.


Bilik gerakan di setiap daerah akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan.


-Bernama

Rawshade : Banjir di Kelantan pun x kurang hebatnya. Begitu juga tempat-tempat
                   lain di seluruh dunia. Ini semua ujian Tuhan yang Esa. Bersabarlah dan
                   terimalah seadanya. Ada hikmah disebalik ujian dari Allah s.w.t


3 comments:

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Awalnya dah banjir tahun ni.

RozectLyantie said...

dahsyat..
harap takde kemalangan jiwa

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

kt sg petani pon lbt jgk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails