....KLIK KLIK KLIK...

Wednesday, November 3, 2010

14,818 mangsa dipindah. Banjir Oh Banjir.


Ya Tuhan.. Baru dua hari lepas Rawshade tulis entri 2,000 orang terpaksa pindah..
Tapi sekarang dah cecah angka belasan ribu.. Macam mana dengan hari esok?





ALOR SETAR: Banjir di Kedah bertambah buruk apabila seramai 14,818 penduduk membabitkan 4,188 keluarga di empat daerah di negeri itu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar dipindahkan ke 87 pusat penempatan apabila rumah mereka dinaiki air sedalam antara satu dan lebih dua meter berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu.
Kubang Pasu mencatat mangsa banjir paling ramai dipindahkan iaitu 10,834 orang membabitkan 3,108 keluarga diikuti Padang Terap, 3,478 orang daripada 927 keluarga, Kota Setar seramai 438 orang daripada 136 keluarga manakala Pokok Sena membabitkan 68 orang daripada 17 keluarga.

Tinjauan Harian Metro di daerah Padang Terap, semalam mendapati, keadaan bertambah buruk apabila laluan utama dari Kuala Nerang ke Padang Sanai ditutup kerana dinaiki air sedalam 1.5 meter di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap dan di bangunan Majlis Daerah Padang Terap.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, Abdul Gafar Yahya berkata, 38 kampung membabitkan 11 mukim di daerah itu terjejas dengan banjir kerana ditenggelami air setinggi paras pinggang sehingga menenggelamkan kenderaan selain terputus perhubungan jalan raya, semalam.

“Kita membuka 41 pusat penempatan sementara di beberapa tempat di mukim ini apabila paras air naik mendadak selepas hujan lebat tanpa henti sejak dua hari lalu,” katanya.

Berita dari : http://www.hmetro.com.my/


5 comments:

CeeKeen said...

hurmm..simpati pada mereka..

shida anwar said...

siannya kat dorg...paling sian kat bebudak dan famili yg nak konvo...dah dtg jauh2...dah amik cuti...sian gak kat bebudak yg dah siapakna pelbagai acara, gerai untuk pesta konvo..maka kering layulah bunga-bunga yg telah di beli untuk di jual ...x dapat bayangkan harap2 konvo untuk satu hari lagi sesi yg tertangguh akan sama meriah seperti sebelumnya.....

p/s kenangan di sana bersama2 memeriahkan pesta konvo tidak akan dilupakan..

RAWSHADE said...

Pesta konvo wat dalam air.. Baru la nampak meriah..

Mesti pesta konvo tu takkan dilupakan selamanya

penaberkala said...

bro, rumah hang banjir gak ke?
kesian dak2 uum, konvo pun trerpaksa tangguh
yg kes mati tu lagi sedih
takziah kepad keluarga mangsa

Anonymous said...

ayna ade baca ttg nie.ya Allah..
umah ayna pun kalau hujan lebat je banjir.
kesian pd keluarga yg menanggungnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails