....KLIK KLIK KLIK...

Monday, November 14, 2011

Otak Manusia Semakin Mengecil??

Saiz otak manusia telah melalui satu evolusi yang panjang sejak 30,000 tahun yang lampau dan ianya semakin mengecil!, sekaligus mencetuskan kebingungan dalam kalangan saintis.
 

Namun, para saintis menyatakan ia bukan bermakna manusia kini menjadi semakin bodoh tetapi evolusi tersebut membuatkan manusia menjadi semakin bijak dan cekap.

Saiz purata otak manusia moden yang dikenali sebagai Homo Sapien telah berkurang sebanyak 10 peratus iaitu daripada 1,500 kepada 1,359 kubik sentimeter atau sebesar bola tenis!

Otak wanita secara puratanya lebih kecil berbanding otak lelaki dilihat mengalami pengecilan yang ketara.

Ukuran otak ini dibuat berdasarkan tengkorak yang ditemui di Eropah, Asia Barat dan Asia.

Manusia moden atau nama saintifiknya Neanderthal yang pupus kira-kira 30 ribu tahun lalu mempunyai saiz otak yang lebih besar.

Sementara itu manusia Cro-Magnon yang melukis lakaran haiwan di gua Las-Caux lebih 17,000 tahun lalu ialah Homo Sapien yang memiliki otak yang besar.

Seorang Profesor psikologi dari Universiti Missouri, David Geary dan kumpulan penyelidikannya mendapati saiz otak mengecil apabila kepadatan penduduk meningkat.

1 comment:

terokai seni said...

teori yang menyokong manusia daripada beruk le nih?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails