....KLIK KLIK KLIK...

Saturday, October 22, 2011

KHASIAT JAMBU BATU

JAMBU batu memang enak rasanya, terutama yang isinya 'garing' dan dimakan pula dengan serbuk asam manis.

Bagaimanapun, jika ia dimakan begitu saja atau dijadikan jus, khasiatnya lebih baik untuk beberapa jenis penyakit.
...
Buah ini juga harus dimakan dengan kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Ia juga sebaik-baiknya dimakan sebanyak sebiji setengah sehari.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Antara faedah jambu batu ini adalah seperti berikut:

Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Baik jika jambu batu dimakan setiap hari.
Untuk pesakit kencing manis, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Caranya ialah menggunakan satu biji jambu batu dibelah empat.

Jika anda enggan membelah empat, anda boleh juga memotong kecil-kecil jambu batu, kemudian rebus dengan satu liter air hingga mendidih, saring dan ambil airnya. Minumlah dua kali sehari iaitu pagi dan petang atau malam.

Jika bayi yang masih menyusu diserang sakit perut atau cirit-birit, ibu bayi hendaklah mengunyah jambu batu yang masih agak muda yang dicampur sedikit garam.
Kunyah jambu dan sedikit garam tadi hingga halus. Telan airnya dan buang hampasnya. Insya-Allah, bayi anda akan sembuh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails