Tarikh : 3-14 September 2012
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia.. (Malaysia Boleh!!)
Macam ni la cerita bermula..
Sampai ja kat Ipoh terus pi cari hotel terdekat..
Maklum la orang naik bas ni kena la ikut jadual bas..
Kena la datang awal sehari sebab esoknya lapor diri pukul 2.30ptg
Esoknya tu bertolak la aku ke Pasir Salak..
Bila sampai ja sana terus cari bilik..
Ditakdirkan aku duduk di bilik 115..
Bersama seorang roomate <-----skrg dah jadi kwn baik.. :)
hari ke 2 tu dah mula bina kumpulan..
Akhirnya terbina la 1 kumpulan kecil yang bernama MAT KILAU!!!!
Aku mula sayang dengan kumpulan ni..
Ada 11 orang ja tapi kekuatan kami macam 50 orang..
Macam2 idea kami kongsi..
Macam2 pendapat kami bagi..
Macam2 aktiviti kami buat dan kebanyakan nya kami menang..
Semuanya tak lain hanyalah sikap sayang menyayang dan komitmen yang tinggi..
Setiap ahli ada peranan dan kekuatan..
Dan yang paling bestnya.. Kami x penah pun bertelagah pendapat macam kumpulan lain..
Masa mula2 bina dan hias kumpulan
Ni gambar aktiviti sketsa.. Hasrol jadi Chong Wei
Ni senapang pelbagai guna..yang ni memang menang no 1
sebab banyak kegunaan dan kreatif :-)
Setelah siap dikemas dan dihias
Selama 10 hari kami bersama sebagai 1 kumpulan
Akhirnya kami terpisah jugak pada 14 september 2012
Betul2 rasa macam terlalu singkat
Kami baru ja betul2 mesra
Tengok2 dah berpisah
Masa ambik result pagi kemarin bangga gak kami sebab 2 orang dapat A
Taufiq dengan Ain.. Aku??? Herm.....
Ni ada 1 cerita best..
Masa nak buat persembahan akhir untuk majlis penutup
Aku terlalu banyak berfikir
Ye la dah dilantik jadi pengarah kan..
Sampai 1 tahap otak dah panas
So otak aku terus stop sendiri
Sampai nak nangis gak la aku sebab takut kena marah ngan geng Mat Kilau
Aku terus lari keluar dan tenangkan jiwa
Aku cari fasi Mukhzani mintak idea sikit...
Dia pun bagi la macam2 idea
So aku pilih punya pilih aku bentangkan balik pada team
Tau2 diorang cakap per...
Idea lama tu dah menarik..
Dah elok dah..
Aku pun tarik la nafas lega..hahahahaha....... <----- skrg baru nak gelak
Bila time malam persembahan tu aku niat dalam hati
Mesti buat yang terbaik
Dan kami semua berjaya jugak hasilkan dengan sekreatif mungkin...
Masa nak tutup majlis tu aku lari ke belakang buat2 makan puding
Padahal nya aku takut nangis ja kalo aku dok lama2 tengok muka kwn2 yang bakal terpisah esok
Dan sekarang ni dah balik umah
Tapi otak aku masih lagi dok terbayang muka kwn2