....KLIK KLIK KLIK...

Sunday, October 31, 2010

Hagemaru versi Rawshade 04

Hai.. Hari ini Hagemaru ambil alih tempat Rawshade.. Sebab Rawshade banyak kerja..
Hagemaru cuma nak cerita kisah lama yang terjadi masa di Jepun dulu..
Tanpa membuang masa lagi jom la layan cerita ni..





NENEK DAN MONYET

Tersebut lah cerita , ada sorang petani perempuan yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai
secara manual..'mengerat' orang Kedah kata , nak elak dari panas depa pakai
topi ni ..diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan. Waktu dah tengahari 'rembang'(panas terik), jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualan dia..dia
letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'.Terbangun la dia..dia tengok sekeliling, tergejut
beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti
kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang.

Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok.
Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.
Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang
satu..Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut. Dia
ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak
'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia
tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat ,monyet tu pun ikut
lompat
semua..Jeng...jeng..jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi
kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun
ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah. Dapat la balik semua
topi-topi
diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an'
dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. perempuan tersebut dah
jadi
nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di
ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun
sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu. Suatu
hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang
tuuu.
Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama.
Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual diletakkan
di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari
tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi
'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh'
kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia. Dia pun
buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi
tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia
dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala
gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam
hatinya
'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia
lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali
ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor
anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting
atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik,
"hang ingat,
hang aja ada nenekkkkkk...?"

6 comments:

Cik Cyida said...

hahaha..

Ntah; monyet tu pun ada nenek kan?

penaberkala said...

LOL, memang berjaya lah misi monyet2 tuh membalas dendam,kah3

RAWSHADE said...

Cik Cyida : Monyet tu pun ada mak jgk

penaberkala : a'ah.. ambik masa puluhan tahun..

pN.rOs said...

e eh.... ada eik?

nadey said...

monyet pkai topi ....weh comey weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ain_hte said...

huhu... lucu3x.. (^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails