....KLIK KLIK KLIK...

Thursday, September 9, 2010

Aidilfitri 2010

Assalamualaikum..
Pertama sekali Rawshade nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk hari yang terakhir..
Berbuka nanti makan lah dengan tenang kerana esok tidak perlu bangun sahur lagi.. :)

Hari ni Rawshade tak banyak sangat kerja sebab dah di settle kan kemarin..
So hari ini Rawshade cuma tengok jer mak buat ketupat..
Sama macam mak orang lain gak.. Mesti tengah sibuk buat persiapan terakhir..
Habis satu rumah dibersih dan dikemas agar kelihatan menarik dan kemas..

Malam nanti Rawshade nak gi masjid sebab nak takbir raya..
Dah lama rasa nak buat tapi asyik tak sempat jer..
Tadi tengok tv.. Diorang bagitau dah ada 95kes kemalangan maut sepanjang 8 hari ni..
MasyaAllah.. Rawshade doakan semoga kawan2 blogger serta keluarga anda selamat dalam perjalanan ke destinasi..

Esok pagi jom la sama2 kita solat raya kat masjid..
Rawshade dah iron baju raya..
Tahun ni family Rawshade bertemakan warna hijau..
Tak ada sebab pun cuma dah ramai pilih warna hijau..

Akhir kata Rawshade nak ucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Dan Batin..
Sepanjang Rawshade dalam dunia blogging ni Rawshade dapat banyak kawan,ilmu,pengalaman serta dapat meluangkan masa lapang dengan penuh makna..

Sekian.. Selamat Hari Raya.. Takbir!! Allahuakbar!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails