....KLIK KLIK KLIK...

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan..
Di hari yang mulia ini Rawshade nak memohon maaf kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini andai ada terkasar bahasa.. Terasa hati.. Semua tu Rawshade minta kawan2 maafkanlah Rawshade..

Seronok baca blog kawan2 yang diisi dengan pelbagai cerita dan berita2 menarik.. Cuma blog Rawshade ni x bape ada idea la nak wat entri yang menarik..

Tapi x per.. Rawshade nak citer satu kisah masa zaman blaja 2 tahun lepas..

Ceritanya berbunyi macam ni..
Cerita ni berlaku masa bulan puasa gak la..

Member serumah saya ni (housemate) yang suka berbuka puasa kat rumah kawan2.. Boleh dikatakan setiap hari gak la dia akan berkunjung ke rumah kawan2 lain untuk berbuka.. Tiba la kat satu rumah kawan ni.. Budak2 dalam tu suma habiskan masa dengan online ja.. Bila dah petang tu diorang pun siap2 la nak berbuka..

Bila dah masuk maghrib tu surau pun azan la.. Diorang pun makan.. 5minit kemudian.. Tiba2 sebuah laptop kawan tu azan..(Pakai software azan..) Ok la.. Takde pape.. Diorang makan macam biasa..

Kawan saya bermalam kat rumah diorang malam tu.. Katanya nak study group..

Tiba la waktu bersahur plak.. Diorang sibuk makan2 sampai dah azan kat surau.. Aik?? Nape diorang leh makan lagi? Kawan saya ni pun tanya la kat sorang kawan yang len plak.. Dia ckp azan kat laptop dia x bunyi lg.. laptop dia selalu updated waktu solat..

Haaahhh???? Waktu berbuka korang ikut surau.. Waktu sahur ikut laptop??? Apa ni?? Diorang pelik tengok gelagat kawan saya ni.. Diorang x tau kawan saya ni yang patut pelik tengok gelagat diorang..hahaha... Kawan saya balik rumah pagi tu terus citer kat saya.. Habis satu rumah kami gelak.. Kurang pahala puasa..huhu

Kepada kawan2..
Berbuka puasa tu biar la tepat waktu nya... Bersahur pun agak2 la.. Dah azan tu faham2 la..huhu
jangan la bagi alasan nak ikut azan kat laptop..huhu lawak la diorang ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails