....KLIK KLIK KLIK...

Tuesday, July 27, 2010

Renungan: 20 Alasan Tak Perlu Lafaz Maaf





Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta
maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu
yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita
yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati
ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah
ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum
kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang
menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca
dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta
maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu
tidak perlu meminta maaf.


1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak
kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu
rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu
sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu
berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap
individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua
orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka
mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang
berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu
sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun
kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding
orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia
mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang
lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu,
pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif
dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan
bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang
mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap
manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan
sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang
dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu
laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua
keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di
saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang
telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu
tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk.
Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan
ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak
harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan
berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian.
Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang.
Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang
dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu
meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang
mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu
ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan
agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan
orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu
berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri
untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia
sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk
melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri
untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang
kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah
perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk
berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada
diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah
faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia
sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak
pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada
orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan
dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu
tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah
dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si
dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa
kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang
teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana
terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak
lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan
cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih
pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan
yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu.
Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh
yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu
sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang
kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus,
sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri
si dia.

9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus
melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu
bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti,
selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu
bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah
kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada
kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang
itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia
mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang
sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu
dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu
laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha
bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan
kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak
salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara
hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan
yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan
usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa
bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan
salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin
mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal
cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa
yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan
menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk
bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari
pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu.
Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi
kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap
orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu
mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan
orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan
aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap
kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan
seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras
rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan
kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik
untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta
pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya
bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara
satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan
segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang
boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang
mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak
tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya
daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya
terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk
apa rasa takut kerana bukannya salah kamu.
Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak
melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba
mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan
relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang
kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai.
Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk
membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah
pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena
hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini
pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau
ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi
kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar
peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta
maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi
kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di
atas 'kebaikan' kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja.
Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan
kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin
ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan
cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana
benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku,
alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali
mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu
meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan
menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan
penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa.
Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini
membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk
membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu.
Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan
cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan
jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua
bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang
kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka
bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika
percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya.
Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak
boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah
minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan
faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan
membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung
antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara
yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga,
timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik
tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka
dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan
meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan
tersebut

1 comment:

moi meme said...

im in one of those situations :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails