....KLIK KLIK KLIK...

Wednesday, July 28, 2010

Lawak Pemotong Kayu







Seorang pemotong kayu kerjanya hari-hari memotong kayu di hutan untuk dijual sebagai
kayu api. Satu hari, tiba-tiba kapak yang digunakannya terpelanting dan jatuh
ke dalam tasik yang dalam. Dia tak pandai menyelam.

Sambil dia termenung memikirkan kapaknya yang di dasar tasik itu,
tak semena-mena muncul malaikat dan bertanya Pemotong Kayu itu, apa yang
dimenungkannya.

"Saya memikirkan bagaimana nak mengambil kapak saya yang jatuh ke tasik itu."
Malaikat mengeluarkan sebilah kapak perak
dari dasar tasik lalu
bertanyakan Pemotong Kayu, "Inikah kapak kamu?"

"Bukan!"
Lalu Malaikat keluarkan sebilah kapak emas dar
i dalam tasik itu dan
bertanya lagi, "Inikah kapak kamu?"
"Bukan!"
Lalu Malaikat keluarkan kapak sebenar milik Pemotong Kayu dan bertanya,
"Inikah kapak kamu?"
"Ya, itulah kapak saya!"
Kata Malaikat, "Oleh kerana kamu jujur, ambillah ketiga-tiganya untukkamu."

Pada hari yang lain, sedang bersampan di dalam tasik itu, isteri
Pemotong Kayu terjatuh ke dalam tasik dan dia tidak boleh berbuat
apa-apa untuk menolong.

Tiba-tiba datang Malaikat membantu.
Malaikat segera mengeluarkan Siti Nurhaliza

(hidup-hidup) dari tasik
itu dan bertanya, "Inikah isteri kamu?"
Lantas Pemotong Kayu mengakui, "Ya itulah isteri saya!"
Malaikat bertanya, "Aiik? Kenapa kali ini kamu tidak berlaku jujur?"
Jawab Pemotong Kayu,
"Kalau Siti Nurhaliza saya kata bukan, tuan akan keluarkan pula Nasha
Aziz

, saya juga akan berkata bukan, kemudian baru tuan akan keluarkan isteri saya
yang sebenar, saya bimbang tuan akan serahkan ketiga-tiganya untuk menjadi
isteri saya seperti peristiwa kapak tempoh hari.

Katanya lagi:
"Saya hanya Pemotong Kayu, tidak sanggup saya beristeri sampai tiga
orang sekaligus, lebih baik saya pilih yang pertama saja,
SITI NURHALIZA menjadiisteri saya... :))

4 comments:

cemomoi said...

tukang kapaktu dato k ke?

puteri cahaya. said...

blogwalking sini and follow.. sila follow back my blog ya! :)

Tornado Assassin said...

kalau cam ni aku pun nak jadi pemotong...hehehe

ketingting said...

hahahaha.
citer nih.
lawak. bes.

adaptasi dari cerita si pemotong kayu yang bawak keluar kapak emas kapak gangsa kapak perak dari tasek kan? ehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails