....KLIK KLIK KLIK...

Sunday, July 18, 2010

Doraemon

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio(藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robotberbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.
Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.

1 comment:

Aziati Zolman said...

dulu masa kecik2 suka tengok cite doreamon..ngeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails